In Bm First. Bi Later...

364 Words2 Pages
KARANGAN PERIHAL DIRI, PERANCANGAN PENGAJIAN DAN KERJAYA. Nama saya Nur Haryati Binti Sumantree. Saya berumur 18 tahun dan dilahirkan pada 18 Februari 1997 di Hospital Segamat. Saya merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik. Ayah saya, Sumantree Ahmad, dan ibu saya, Rohayah Mat Ali merupakan pendidik di sekolah menengah. Kami menetap di Johor. Mengenai latar belakang pendidikan, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa dari Darjah Satu sehingga Darjah Enam dan memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Setelah itu, saya menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Canossian Convent dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga. Alhamdulillah, dengan keputusan yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), saya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah bagi aliran Sains Tulen. Setimpal dengan usaha, saya mendapat keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dengan keputusan yang saya peroleh, saya ditawarkan untuk menyambung pengajian saya di Universiti Kuala Lumpur Royal College Medicine Perak (UNIKL RCMP). Saya mengambil program Diploma in Physioteraphy selama tiga tahun dari bulan Jun 2015 sehingga Jun 2018. Saya memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang ini kerana saya gemar dalam mata pelajaran Sains. Subjek yang ditawarkan agak mencabar dan saya anggap itu sebagai satu cabaran. Malah, dengan sokongan daripada keluarga dan bantuan MARA, saya berazam untuk menyambung pengajian dalam peringkat ijazah di luar Negara . itu adalah harapan dan matlamat yang ingin saya kecapi. Apabila saya telah menamatkan pengajian dengan baik, saya akan mencari kerjaya yang sesuai dengan bidang saya. Saya juga dapat melihat bahawa bidang ini mempunyai potensi yang amat besar dengan pasaran kerja yang sangat luas. Saya akan mencari

More about In Bm First. Bi Later...

Open Document