Kertas Kerja Pertandingan Solekan Kreatif

1740 Words7 Pages
UNJURAN BAJET PERTANDINGAN SOLEKAN KREATIF PROGRAM ASTRO FIESTA MESRA BELIA 1MALAYSIA ANJURAN JABATAN BELIA & SUKAN PERSEKUTUAN NEGERI SABAH 1. TUJUAN Kertas kerja ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan daripada pihak penganjur untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi melaksanakan Pertandingan Solekan Kreatif bertemakan “Persis Pari-Pari Flora & F dengan anggaran peruntukan sebanyak RM40,777.55 (Ringgit Malaysia: Empat Puluh Ribu Tujuh Ratus Tujuh Puluh Tujuh Ringgit dan Sen Lima Puluh Lima sahaja) 2. LATAR BELAKANG 2.1. GIATMARA merupakan sebuah institusi latihan kemahiran kelolaan MARA yang telah ditubuhkan sejak 1985. Sehingga kini 231 buah GIATMARA telah beroperasi di setiap kawasan Parlimen di seluruh Malaysia termasuk 27 buah GIATMARA di Sabah. Sebagai anak syarikat MARA, GIATMARA secara langsung atau tidak langsung turut memainkan peranan penting dalam melaksanakan pelabagi aktiviti yang dianjurkan oleh MARA khususnya termasuk juga program-program anjuran agensi-agensi kerajaan yang lain. Sempena Program Astro Fiesta Mesra Nelia 1Malaysia, Pihak Pengurusan Pejabat MARA Daerah Tuaran telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pertandingan Solekan Kreatif. Memandangkan Kursus Solekan & Terapi Kecantikan adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA dan GIATMARA juga pernah terlibat dengan program-program seumpama ini, maka Pihak Pejabat MARA Daerah Tuaran melalui perbincangan bersama pada 14 September 2012 di Pejabat GIATMARA Negeri Sabah, Likas Plaza, Kota Kinabalu telah melantik GIATMARA Sabah sebagai Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Solekan Kreatif sempena Program tersebut. Solekan adalah salah satu seni yang mampu mentransformasikan wajah atau rias seseorang kepada yang lebih cantik atau buruk, juga dapat mengubah bentuk atau paras asal kepada bentuk atau paras yang lain. Kepakaran memilih dan menggabungkan pelbagai rona juga

More about Kertas Kerja Pertandingan Solekan Kreatif

Open Document