Youth And Money Essay

7099 WordsApr 30, 201229 Pages
Prakata Dalam suku pertama dan kedua tahun 2008, masalah krisis makanan dunia telah mendapat perhatian seluruh negara dunia. Antara perkara yang turut menjadi perhatian dalam kemelut peningkatan harga makanan di pasaran global yang telahpun memberi kesan langsung terhadap harga pasaran bahan makanan tempatan serta masalah kebuluran yang telahpun mula muncul di beberapa wilayah berasingan di dunia adalah juga merupakan faktor penyebabnya. Di Mesir, ribuan rakyat yang marah dengan kenaikan harga barang, telah membuat tunjuk perasaan memprotes situasi tersebut pada suku pertama 2008. Manakala, beberapa hari sebelum itu akhbar telah melaporkan bahawa para petani di Argentina telah melancarkan mogok kerana membantah dekri presiden pada 11 Mac 2008 yang menaikkan cukai eksport kacang soya sehingga 45 peratus dan turut juga mengenakan duti baru ke atas eksport barangan makanan ruji yang lain Sementara itu, di Filipina, kerajaan telah mengumumkan bahawa pemilik gudang dan peniaga yang didapati menyorokkan beras di Filipina akan didakwa atas tuduhan melakukan “sabotaj ekonomi” yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga telah memberi amaran bahawa peningkatan harga makanan yang berterusan dunia boleh mencetuskan kekacauan dan ketidakstabilan suasana politik di seluruh pelosok dunia. Sekilas Fakta Makanan adalah salah satu keperluan asas manusia di samping tempat tinggal dan pakaian. Oleh yang demikian, isu krisis makanan bukanlah satu isu yang remeh yang boleh dibiarkan begitu sahaja. Yang membimbangkan, krisis makanan yang menimpa dunia sekarang ini melibatkan bekalan makanan ruji seperti beras, gandum, bijiran dan jagung yang menjadi keperluan asas setiap individu di atas dunia ini. Sekiranya, pada tahun 2007, rakyat Malaysia menjadi kecoh apabila bekalan gula dan minyak masak berkurangan di pasaran, bayangkanlah

More about Youth And Money Essay

Open Document