Youth And Money Essay

4776 WordsMar 28, 201220 Pages
Ju berbual dengan Mak Cik Noraini yang sedang mengoreng karipap di ruang dapur.Tiba-tiba dia terlihat ibunya, Lia dan bapanya Jeffri yang sedang berada di kebun kecil berhampiran rumah mereka.Sambil memetik kacang panjang, Jeffri meminta Lia supaya memasak sayur itu dan bukan orang gaji mereka, mak Cik Noraini.Baginya masakan Lia adalah yang paling sedap.Jagung yang mereka tanam pula masih muda dan Jeffri juga mahu supaya Lia memasaknya apabila sudah boleh dipetik nanti.Hubungan yang terlalu mesra antara suami isteri itu kurang disenangi oleh Ju dengan alasan Ju telah dewasa dan sepatutnya mereka berdua tidak berbuat demikian.Mak Cik Noraini mengatakan bahawa kemesraan ibu bapa Ju itu adalah disebabkan mereka berdua terlalu saling menyayangi. Bab 2: Dua minggu kemudian, Ju balik dari sekolah dengan menaiki bas kerana ibunya Cikgu Intan Maliana dijemput oleh bapanya disebabkan Lia pening dan tidak sedap badan.Petang itu, Ju ditinggalkan berdua dengan Mak Cik Noraini kerana ibu bapanya ke hospital. Semasa membuat kerja sekolah Ju terkenang hubungan kasih sayang antara ibu dengan bapanya yang amat mesra dan berharap dia juga akan mendapat suami yang penyayang seperti bapanya. Semasa Mak Cik Noraini menghidangkan bubur jagung, Ju masih mengenangkan hubungan ibu dengan bapanya.Mak Cik Noraini kerap menegur perbuatan Ju yang suka berangan. Menurut Mak Cik Noraini, bapanya pernah mencintai seorang bakal dotor tetapi hubungan cinta itu putus. Bapanya juga pernah mencintai seorang doktor tetapi hubungan mereka juga putus kerana doktor tersebut sudah menjadi tunangan orang.Akhirnya bapa Ju menemui ibunya, Lia sehingga cinta mereka semakin erat. Ibu dan bapanya balik dari hospital dengan girang. Apabila diberitahu bahawa Lia mengandung, Ju berasa amat gembira kerana akan mendapat seoranmg adik. Walau bagaimanapun Mak Cik Noraini berasa amat bimbang dengan berita itu

More about Youth And Money Essay

Open Document