Teknologi Hijau Essay

736 Words3 Pages
Teknologi Hijau : Definisi dan kelebihannya TEKNOLOGI HIJAU Definisi Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria seperti meminimumkan degrasi kualiti persekitaran. Pada masa yang sama ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar dan ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan. Teknologi hijau juga menjimatkan tenaga dan sumber asli sekaligus menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. Umumnya, Teknologi Hijau memfokuskan kepada empat kebaikan. Dari aspek tenaga, Teknologi Hijau diharapkan dapat membantu mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga negara. Di samping itu, Teknologi Hijau juga dapat memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar. Dari aspek ekonomi, Teknologi ini, mampu meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi dan meningkatkan kualiti hidup untuk semua kehidupan manusia dan biodiversiti umumnya. 1. Apakah maksud ‘teknologi hijau’? Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu

More about Teknologi Hijau Essay

Open Document