Sejarah Essay

20418 Words82 Pages
SOALAN DAN JAWAPAN LATIHAN BUKU TEKS TINGKATAN 4 BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA Latihan muka surat 4. 1. Bagaimanakah masyarakat pada Zaman Prasejarah berubah daripada Zaman Mesolitik kepada Zaman Neolitik? Jawapan - Berubah secara evolusi disebabkan beberapa faktor yang mempengaruhinya, antaranya: - Manusia mula hidup secara menetap di sesuatu tempat dan tidak berpindah-randah. - Bercucuk tanam dan menternak binatang. - Hidup secara berkelompok dan membina kediaman yang lebih kukuh. - Kesuburan tanah di lembah sungai membolehkan mereka mengusahakan tanaman makanan untuk keperluan harian. - Perkampungan berubah menjadi bandar, seterusnya wujud sistem undang-undang atau peraturan bagi menjamin kestabilan dan keharmonian hidup mereka. - Seorang ketua dilantik untuk menguatkuasakan undang-undang bagi kesejahteraan hidup. - Kehidupan yang lebih tersusun menyebabkan manusia mempunyai lebih banyak masa untuk memikirkan cara-cara meningkatkan hidup mereka. - Menghasilkan pelbagai ciptaan seperti roda, bajak, peralatan tembikar, dan sebagainya. - Hasil ciptaan alatan membolehkan lebihan makanan dikeluarkan dan mendorong kepada aktiviti perdagangan dengan kawasan-kawasan lain melalui pertukaran barangan (sistem barter). 2. Jelaskan bagaimana masyarakat pada Zaman Neolitik menyara hidup mereka. Jawapan - Bercucuk tanam, seperti tanaman gandum, jagung dan sebagainya. - Menternak binatang sepeti lembu dan kambing - Aktivti perdagangan dengan kawasan-kawasan lain melalui sistem barter. 3. Terangkan keadaan masyarakat pada Zaman Logam. Jawapan - Kepandaian manusia melebur logam khususnya besi menyebabkan manusia pada zaman berjaya mencipta perahu dan rumah. - Di sesetengah tempat, pada zaman ini telah muncul petempatan besar dan kota pertahanan. Petempatan besar ini kemudian

More about Sejarah Essay

Open Document