Profile Essay

310 Words2 Pages
Profil Persatuan SEJARAH PENUBUHAN Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya Universiti Tenaga Nasional (PRSUNITEN) adalah sebuah persatuan pelajar yang ditubuhkan secara rasminya pada 6 Oktober 1999. Allahyarham Tuan Haji Khairuddin Bin Haji Mokhtar, Bekas Pengurus Besar ILSAS, saudara Salman Sulong dan saudari Mahlindayu Binti Tarmidi adalah pencetus idea kepada Penubuhan Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Presiden PRSUNITEN pertama adalah saudara Salman Sulong yang memegang jawatan pada sesi 1999/2000 dan 2000/2001. Kini, penasihat PRSUNITEN adalah En. Fairuz Abdullah yang merupakan pensyarah di UNITEN. Dengan penuh iltizam, PRSUNITEN akan sedaya upaya menjadi wadah pelajar yang paling berpengaruh dan bersedia membantu dalam apa jua keadaan serta menjadi persatuan yang unggul dan dihormati. OBJEKTIF PENUBUHAN Menggembleng tenaga siswa & siswi untuk bersama-sama bekerjasama memberi bantuan dan sokongan meningkatkan di dalam semua lapangan termasuk sosial, pelajaran, kebudayaan, falsafah dan teknologi. Mengembangkan potensi diri siswa & siswi sesuai dengan falsafah Universiti Tenaga Nasional. Menjalankan latihan kepada siswa & siswi sesuai dengan kehendak Universiti Tenaga Nasional. Menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang tidak bertentangan dengan kehendak Universiti Tenaga Nasional. Melahirkan mahasiswa & mahasiswi yang berjasa kepada masyarakat sekeliling demi mewujudkan masyarakat Malaysia yang prihatin. VISI Untuk menjadi persatuan/ kelab yang maju dan berdaya saing dari segenap aspek serta wadah utama dalam pembangunan modal insan pelajar-pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). MISI Menerapkan semangat cintakan persatuan serta sanggup membantu antara satu sama lain tanpa mengira jantina, agama, dan bangsa. Mewujudkan suasana mesra dalam persatuan antara semua pimpinan supaya segala tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan lebih

More about Profile Essay

Open Document