Peranan Pelajar Essay

6118 WordsJul 24, 201225 Pages
Peranan Pelajar PERANAN PELAJAR Oleh – Al-Maududi Pendahuluan Dengan nama Allah yang pemurah lagi mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, dan sejahtera ke atas seluruh hambaNya yang terpilih. Sebelum saya masuk kepada tajuk yang hendak saya sampaikan kepada saudara-saudara, sukalah saya melahirkan perasaan gembira yang tersemat di hati saya. Apa yang saya lihat di seluruh universiti dan pusat-pusat pengajian di dunia Islam, bahkan di setengah-setengah dunia bukan Islam, wujudnya kumpulan pemuda Islam yang beriman penuh dengan 'akidah Islam, menyedari tanggungjawab mereka sebagai orang Islam dan sanggup mengorbankan sepenuh tenaga mereka untuk menegakkan semangat Islam di pusat-pusat pengajian tinggi tersebut. Gejala ini patut sangatlah mendapat sanjungan, penghargaan dan sambutan dari orang yang mempunyai perasaan tulus ikhlas kepada dunia Islam, kerana Allah dengan kemurahanNya telah mengurniakan kepada umatnya yang lemah ini pemuda-pemuda yang tahu akan tanggungjawab. Mereka ini menunaikan tanggungjawab itu secara aktif dengan penuh kesedaran di pusat-pusat pengajian tinggi dalam semua bidang pendidikan, sekalipun sistem pendidikan di seluruh dunia Islam sekarang ini dikuasai oleh cara berfikir dan tradisi barat. Adapun tajuk yang ingin saya sampaikan di sini ialah: Apakah peranan yang harus dimainkan oleh pemuda, khususnya pelajar-pelajar dalam membina masa depan dunia Islam? Keadaan dan masalah yang sama Sebelum itu saudara-saudara patutlah percaya bahawa perbualan saya ini saya tujukan kepada semua pelajar di seluruh dunia Islam; iaitu satu kawasan dunia yang telah menyerah kalah kepada fikiran dan tamadun barat setelah merengkok secara langsung beberapa lama di bawah penindasan mereka. Setiap cabang kehidupan mereka yang antaranya ialah pelajaran dan pendidikan membayangkan teori-teori dan sistem yang diterima dari barat. 1 Peranan Pelajar
Open Document