Welcome

Anti Essays offers essay examples to help students with their essay writing.

Sign Up

Penderaan Kanak-Kanak: Salah Siapa? Essay

  • Submitted by: fhusna
  • on May 7, 2011
  • Category: Social Issues
  • Length: 661 words

Open Document

Below is an essay on "Penderaan Kanak-Kanak: Salah Siapa?" from Anti Essays, your source for research papers, essays, and term paper examples.

Penderaan Kanak-kanak; Salah Siapa?

Berita bayi disorok di dalam laci selama tiga hari tanpa diberi makan atau minum kecuali air masak telah menggemparkan negara   baru-baru ini. Lantaran ketakutan dan ketandusan alternatif, pembantu rumah dari seberang yang hamil di luar nikah itu telah menyembunyikan kewujudan bayinya di dalam sebuah laci lamari pakaian. Persoalannya sekarang, apakah yang menyebabkan pembantu rumah tersebut bertindak sedemikian tidak berhati perut? Adakah kerana takut dengan tindakan yang bakal diambil majikan atau agensi yang menghantarnya ke sini atau semata-mata kerana merasakan bayi itu beban dan bukan tanggungjawabnya kerana dia tidak pernah mengimpikan bayi tersebut? Walau apa pun sebab yang diberi, tiada alasan yang dapat diterima untuk membenarkan tindakannya menyembunyikan bayi itu.
Kes di atas adalah kes yang terbaru tentang penderaan kanak-kanak di negara ini. Setiap tahun, sekurang-kurangnya 2,000 kanak-kanak di Malaysia dilaporkan menjadi mangsa penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Penderaan kanak-kanak adalah masalah global yang besar. Ia memberi impak yang serius terhadap kesihatan mental dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak, kehidupan dan perkembangan sepanjang kehidupan mereka.   Penderaan Kanak-kanak merujuk kepada penderaan secara fizikal dan emosi, penderaan seksual, kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak, termasuk sebarang bentuk eksploitasi.
Mengapakah kes-kes penderaan kian berleluasa di negara ini? Aspek utama yang dilihat memberi sumbangan besar kepada gejala penderaan kanak-kanak ialah kurangnya didikan agama. Pegangan agama terutamanya umat Islam yang semakin lemah menyebabkan sesetengah golongan tidak lagi menganggap penderaan ke atas kanak-kanak satu dosa yang besar. Dalam Islam, anak-anak adalah amanah yang harus dijaga, dibelai dan dididik sebaik mungkin agar menjadi insan yang berguna di hari muka. Masyarakat bercakap tentang modal insan sedangkan kanak-kanaklah modal insan yang harus dibentuk dengan...

Show More


Citations

MLA Citation

"Penderaan Kanak-Kanak: Salah Siapa?". Anti Essays. 20 Oct. 2018

<https://www.antiessays.com/free-essays/Penderaan-Kanak-Kanak-Salah-Siapa-91037.html>

APA Citation

Penderaan Kanak-Kanak: Salah Siapa?. Anti Essays. Retrieved October 20, 2018, from the World Wide Web: https://www.antiessays.com/free-essays/Penderaan-Kanak-Kanak-Salah-Siapa-91037.html