Pencemaran Udara Essay

2697 Words11 Pages
PENCEMARAN UDARA DAN IMPLIKASINYA PENGENALAN Manusia adalah sebahagian daripada alam sekitar. Setiap aktiviti manusia tidak dapat lari daripada menggunakan sumber alam. Namun, interaksi manusia yang keterlaluan dalam mengeksploitasi khazanah alam telah menyebabkan berlakunya pelbagai pencemaran alam sekitar. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling (Akta 127) menyatakan pencemaran membawa maksud perubahan secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau mana-mana alam sekeliling dengan melepaskan atau mengeluarkan bahan-bahan buangan (Mohmadisa Hashim, 2005: 87). Keadaan ini akan menyebabkan satu keadaan yang merbahaya kepada kesihatan, keselamatan, kebajikan awam serta hidupan flora dan fauna. Menurut Wark & Warner (1901), kehadiran satu atau lebih bahan cemar atau gabungannya di dalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada sesuatu jangkamasa yang boleh atau berkecenderungan menyebabkan mudarat kepada kehidupan, menganggu suasana kehidupan yang tenteram atau kelangsungan sesuatu kegiatan. Manakala, menurut Odum (1971), pencemaran ditakrifkan sebagai satu perubahan yang tidak dikehendaki dalam ciri-ciri fizikal,kimia atau biologi daripada udara, tanah dan air. Udara sangat penting dalam kehidupan manusia dan hidupan lain. Tanpa udara maka tidak akan wujud sebarang kehidupan di muka bumi ini. Komposisi udara di atmosfera terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, kurang daripada 1% gas argon dan 0.03% karbon dioksida. Komposisi udara yang bersih berfungsi sebagai penyimpan dan pembekal oksigen yang amat diperlukan oleh manusia. Namun begitu, udara juga mampu membawa bersama-sama bendasing yang tidak diingini dalam udara sehingga mampu mengubah komposisi normal yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Pencemaran udara dikatakan berlaku apabila suatu bahan atau kumpulan bahan-bahan terbebas ke udara sehingga

More about Pencemaran Udara Essay

Open Document