Muzik? Essay

393 Words2 Pages
Muzik diharuskan dalam Islam dengan syarat ia tidak mengandungi perkara-perkara yang haram seperti senikata lucah dan unsur-unsur pemujaan dan cara ia dipersembahkan sehingga melalaikan. Muzik adalah termasuk dalam perkara tabi'ii (asasi) di sisi fitrah manusia. Ia juga termasuk bab Urf (adat resam sesuatu bangsa); ada bangsa yang amat suka kepada muzik dan nyanyian; Islam tidak menghalang sesuatu yang selari dengan fitrah dan diterima oleh urf (adat) atau cara hidup budaya setempat. Ulama' Fiqh ' terdahulu membenarkan muzik apabila mempunyai konteks yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, hajji, perkahwinan dan juga perayaan. Mengikut fuqaha' Hanafi muzik yang dilarang ialah dengan bersyarat jika ia bercampur dengan sebutan alkohol, gadis penyanyi, fusuq, perzinaan dan keberhalaan. Malangnya industri muzik seperti juga bidang-bidang lain, ia diterajui oleh Barat yang mempunyai muslihat yang jahat terhadap Islam terutama remajanya. Apabila industri muzik; nyanyian itu diterajui oleh Barat, maka umat Islam perlulah berhati-hati, unsur-unsur yang diketengahkan oleh mereka adalah bertujuan melalaikan manusia, menjatuhkan mereka kepada maksiat dan menjurus kepada manusia meninggalkan kehidupan beragama. Industri muzik Barat juga memperkenalkan pelbagai jenis muzik yang melampau seperti heavy metal, rap, rock, super dance dan lain-lain yang bertentangan dengan fitrah. Ini bertentangan dengan hiburan dalam Islam yang bertujuan memberi sedikit kerehatan kepada jiwa manusia. Kembali kepada persoalan apakah Hukum mendengar lagu atau konsert K-POP... Di sini saya berpendapat Hukumnya adalah Haram sekiranya Artis K-POP: * Mendedahkan aurat mereka kepada yang bukan mahram... * Memperdengarkan lirik yang berunsur lucah, yang merangsang syahwat, yang menarik rangsangan di antara bukan mahram untuk melakukan maksiat, berpelukan, perzinaan dan

More about Muzik? Essay

Open Document