Media Sosial Essay

1484 WordsSep 29, 20156 Pages
1.0 PENGENALAN Kehidupan manusia tidak boleh lari daripada berkomunikasi. Ini kerana manusia perlu berkomunikasi bagi memenuhi tuntutan kehidupan mereka dalam menghadapi pelbagai situasi samada menyampaikan atau menerima maklumat. Komunikasi ialah perhubungan secara langsung atau menggunakan perantaraan seperti surat, radio, telefon dan lain-lain antara penyampai dan penerima. Sungguh pun komunikasi telah berlaku di mana-mana sahaja sejak berkurun lagi dan terus berkembang serta maju dari zaman ke zaman sehinggalah ke zaman milenium ini, namun masih terdapat manusia tidak mampu berkomunikasi dengan efektif dan ada pula sesetengah individu itu bimbang dalam berkomunikasi. Justeru itu, banyak kajian - kajian lalu telah dilaksanakan bagi meneroka bidang komunikasi ini khususnya untuk memperbaiki cara berkomunikasi dengan afektif. Kajian ini memfokuskan sejauhmana terdapat hubungan antara kebimbangan komunikasi dengan komitmen terhadap organisasi. Selain ingin melihat tahap kebimbangan komunikasi dan komitmen terhadap organisasi, juga melihat perbezaan kebimbangan komunikasi mengikut faktor demografi. Komunikasi dalam organisasi bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang benar dan tepat pada waktu kepada ahli-ahli dalam organisasi supaya meningkatkan prestasi organisasi. Menurut Pincus (1986), komunikasi ke atas, komunikasi mendatar dan komunikasi ke bawah mempunyai hubungan positif yang kuat dengan kepuasan kerja dan prestasi kerja. Dalam sesebuah organisasi, komunikasi ke atas diperlukan pihak atasan supaya cadangan daripada pekerja bawahan dapat membantu mereka membuat keputusan dan perancangan organisasi. Maklumat yang benar dan tepat pada waktu daripada pekerja bawahan ini juga dapat membantu pihak atasan menyelesaikan konflik organisasi dan membuat keputusan yang tepat dalam menjalankan tugas organisasi. Komunikasi ke bawah pula diperlukan oleh

More about Media Sosial Essay

Open Document