L . O. V. E Essay

10764 WordsMar 10, 201244 Pages
My Cool Wife Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, ke machoan lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya? _________________________________________________________ Zai merenung seorang lelaki di belakangnya yang sedang asyik membersihkan darah dari kesan luka di belakang badannya. Pedih, tetapi alis mukanya tidak menggambarkan yang dia sedang sakit mahupun takut. Sudah biasa dipukul, dihiris. Tetapi dia tidak biasa duduk kaku begini, sambil melihat seorang lelaki yang setia menunggunya hingga larut malam untuk merawatnya. "Awak tengok apa?" lelaki itu berbisik sambil tersenyum. Zai merenung lagi anak mata lelaki asing itu. 'Dia tak menyesal ke?' "Lepas abang balut bahu ni awak boleh tido, ye?" lelaki itu berlalu ke dapur. Zai dapat mengagak yang lelaki itu akan kembali bersama segelas horlick panas. Zai baring mengiring di katil dan memikirkan peristiwa yang terjadi sebentar tadi. Semuanya disebabkan kerana penjual buah di tepi jalan itu. Kalau tidak kerana dia yang mengugut Adam untuk membeli buah rambai itu, semua ini pasti tidak berlaku. "Hei, tauke. Aku dah kata, kalau kau minta maaf sekarang kita boleh settle kat sini...!" Zai menuding jarinya pada seorang pemuda yang bergaya kerek. "Apa!! Peraturan kat sini, kalau tanya harga mesti BELI !! Kalau tak, nahas!!" lantas mencapai batang besi yang berdekatan dengannya. "Eh, awak...Kita beli aje la. Tak payah sampai gaduh macam ni" Adam memegang bahu Zai dari belakang untuk menenangkannya. "Tak mahu. Dia mesti minta maaf dulu" Zai merenung tajam sekumpulan lelaki bersenjata kayu dan batang besi menghampiri mereka. Pengunjung di kaki lima semakin menjauhi kawasan yang dijangka akan tercetus
Open Document