Histori Essay

360 WordsMar 25, 20132 Pages
Gurindam Kata ‘gurindam’ berasal daripada bahasa Sanskrit. Genre puisi ini tergolong sebagai satu daripada Puisi Melayu Tradisional di dalam kategori bukan naratif. Ciri-ciri gurindam ialah: Setiap untai mengandungi dua baris ayat. Baris pertama disebut syarat, manakala baris kedua disebut jawab. Rima hujungnya sama, iaitu a-a. Isinya ialah hal-hal yang berat dan serius. Puisi bertulis. Contoh gurindam ialah: Barang siapa mengenal Allah, Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah. Barang siapa tiada mengenal agama, Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama. Difinisi Gurindam Gurindam adalah salah satu puisi Melayu lama. Gurindam dikatakan berasal dari perkataan India dan dibaca dengan lagu tersendiri, dan berbeza jika dibandingkan dengan lagu syair Melayu. Puisi gurindam mempunyai kata-kata nasihat dan kebiasaannya mempunyai rima akhir yang sama. Ciri-ciri bentuk Gurindam a. Merupakan puisi bebas atau tidak terikat b. Rangkap : Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau beberapa baris dalam serangkap. Setiap baris dalam rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam rangkap berikutnya untuk membawa makna yang lengkap. Baris pertama dikenali sebagai “syarat” dan baris kedua dikenali sebagai “jawab”. Baris pertama “syarat” menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan baris kedua pula menyatakan keterangan atau menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama tadi. c. Perkataan : jumlah perkataan sebaris juga tidak tetap. d. Sukukata : julah sukukata juga tidak tetap. e. Rima : rima akhirnya juga tidak tetap PERANAN/FUNGSI GURINDAM Gurindam mempunyai fungsi dan peranannya dalam masyarakat Melayu iaitu sebagai tujuan didikan, hiburan, gambaran masyarakat melayu lama dan digunakan dalam majlis-majlis formal. Unsur-unsur pendidikan yang diketengahkannya

More about Histori Essay

Open Document