Globalisasi Muzik Essay

417 Words2 Pages
Kesan Positif Globalisasi Muzik Semakin hari dapat dilihat globalisasi muzik semakin berkembang selari dengan perkembangan teknologi dan maklumat. Dunia tanpa sempadan dewasa ini membolehkan semua negara yang terdapat di seluruh dunia menerima kesan globalisasi muzik. Kesan positif paling ketara yang dapat dilihat ialah globalisasi yang berlaku mewujudkan persaingan yang sihat dalam industri muzik di Malaysia. Globalisasi telah membolehkan muzik-muzik dari negara luar dibawa masuk ke dalam Malaysia. Contoh paling mudah ialah, band-band Indonesia kebanyakannya telah menembusi industri muzik di Malaysia. Kemunculan band-band dari Indonesia ini telah memberikan persaingan kepada pemuzik tempatan kerana muzik yang mereka perkenalkan kepada peminat muzik di Malaysia sangat mendapat sambuatan. Hal ini menyebabkan pemuzik tempatan untuk lebih bekerja keras dalam menghasilkan muzik-muzik berkualiti yang dapat menarik pendengar dan peminat muzik di Malaysia. Oleh itu, industri muzik di Malaysia akan semakin berkembang maju dan dipenuhi dengan muzik-muzik yang berkualiti. Globalisasi terhadap muzik yang berlaku juga telah mewujudkan genre muzik yang pelbagai dalam industri muzik Malaysia. Contohnya, genre muzik dari Barat seperti Country, Reggae, Electronic dan Metal. Hal ini berlaku kerana dengan wujudnya aplikasi muzik atas talian yang membolehkan para peminat muzik di Malaysia untuk mendapatkan lagu-lagu yang mempunyai genre yang berlainan di Malaysia yang popular di negara luar. Lahirnya genre yang pelbagai ini membolehkan peminat muzik di Malaysia mempunyai lebih banyak pilihan dalam mendengar muzik yang mereka minati. Kini di Malaysia, anak-anak muda lebih menggemari muzik yang bergenre Metal yang dahulunya dikenali sebagai muzik yang memberi kesan negatif kepada pendengarnya. Namun, terdapat pelbagai muzik Metal yang tersedia di pasaran kini. Pendengar perlulah

More about Globalisasi Muzik Essay

Open Document