Ekonomi Essay

4947 WordsJan 24, 201320 Pages
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI 7.0: SISTEM EKONOMI Seperti yang telah dibincangkan di atas, bahawa walau bagaimana besar dan kayanya sesebuah negara atau seseorang individu itu, mereka tidak akan terlepas dari menghadapi masalah-masalah asas ekonomi yang berikut; (i) Apakah barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan dan berapa banyak? (ii) Bagaimana barang dan perkhidmatan itu harus dikeluarkan? (iii) Untuk siapa barang dan perkhidmatan itu dikeluarkan? Untuk melihat penyelesaian kepada masalah-masalah asas ekonomi di atas, kita boleh merujuk kepada sistem ekonomi yang wujud dalam ekonomi atau negara tersebut. 7.1: JENIS-JENIS SISTEM EKONOMI Secara tradisinya terdapat 3 jenis sistem ekonomi yang biasa dibincangkan dan diamalkan oleh kebanyakan negara-negara di dunia ini. Sistem-sistem tersebut ialah; i. ii. iii. sistem ekonomi pasaran bebas sistem ekonomi perancangan pusat atau disebut juga sebagai sistem ekonomi terancang sistem ekonomi campuran. 7.1.1: SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS. 7.1.1.1. Definisi: Sistem ekonomi pasaran bebas boleh didefinisikan sebagai satu sistem ekonomi di mana kerajaan tidak memainkan sebarang peranan dalam membuat keputusan ekonomi. Ini bererti bahawa sebarang keputusan ekonomi (apa dan berapa barang dan perkhidmatan dikeluarkan, bagaimana dan untuk siapa barang dan perkhidmatan dikeluarkan) akan dibuat oleh agen-agen ekonomi iaitu pengguna dan pengeluar. 7.1.1.2. Ciri-ciri sistem ekonomi pasaran bebas Untuk membolehkan sistem ini berjalan, pasaran ini mestilah mempunyai ciri-ciri berikut; a. semua pengguna mempunyai hak pemilikan ke atas faktorfaktor pengeluaran dalam pasaran. EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4 Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya www.drhamzaid.com 41 BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI b. Semua pengguna mempunyai objektif untuk memaksimumkan kepuasan

More about Ekonomi Essay

Open Document