Effects of Climate Change Essay

773 WordsNov 28, 20124 Pages
Program Latihan Khidmat Negara Rakyat Malaysia dapat memperkasa jati diri bangsa Malaysia dengan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). PLKN dilaksanakan dengan kurikulum multidisiplin yang merangkumi empat modul : Modul fizikal , Modul Kenegaraan , Modul Pembinaan Karakter dan Modul Khidmat Komuniti . Modul fizikal dilaksanakan untuk membina kemahiran, ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal (HAKCIPTA TERPELIHARA © 2011 JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA ) . Contoh bagi aktiviti modul fizikal ialah aktiviti kawad kaki , merentas desa dan kembara hutan . Dengan ini , rakyat Malaysia dapat dibina sebagai manusia yang penuh dengan keyakinan, berbadan cergas dan memiliki minda yang cerdas . Selain itu , tujuan Modul Kenegaraan adalah memperluaskan pengetahuan tentang kenegaraan (nation building ) dan menyemai perasaan cinta akan negara , taat setia kepada Raja dan Negara serta perasaan sanggup berkorban untuk negara . Dengan itu , generasi muda dapat mempunyai perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri . Bukan itu sahaja , rakyat Malaysia juga akan rela melakukan dan menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara . Modul pembinaan karakter bertujuan untuk membina karakter yang positif dan proaktif bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti serta negara. Tujuan ini dapat dilaksanakan dengan aktiviti-aktiviti yang memerlukan sikap berdikari, berdedikasi, bertanggungjawab, berkerjasama dan nilai-nilai murni seperti perkhemahan dan permainan. Peserta dapat disemaikan nilai-nilai yang murni, malah juga dapat lebih memahami diri sendiri, memperbaiki kelemahan tersendiri dan menjadi insan yang disanjungi ramai. Seterusnya Modul khidmat komuniti mempunyai lima komponen utama iaitu kemudahan awam, kejiranan, khidmat sosial, alam sekitar dan penempatan
Open Document