Doa Mjlis Besok Essay

289 Words2 Pages
Bismillahirahmannirrahim Ya Malik, Ya Aziz Segala pujian hanya yang layak bagi Mu ya Allah, kemampuanmu segala kejadian, di arasyMu segala kebajikan. Engkaulah pemilik dan pentadbir seluruh alam. Ya Salam Ya Muhaimin Selawat dan salam kami keatas kekasihmu Ya Allah dan nabi junjungan kami, Nabi Muhammad saw serta keatas keluarga baginda, sahabat2 baginda dan juga keatas bapa segala Nabi, Nabi Ibrahim a.s, agar kami mendapat syafaat dari baginda dengan meneguk air telaga kausar kerana keizinanMu YaAllah. Ya Rahim, Ya Ghaffar Pada bulan …bulan islam………. yang penuh suci dan mulia ini, kami hambaMu dengan rasa hina lagi kerdil ini, ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, guru-guru kami, keluarga kami, serta sahabat-sahabat kami, diatas segala kezaliman dan kelalaian kami di atas muka bumiMu ini, agar kami dijauhkan oleh siksaan api nerakaMu Ya Allah. Ya Allah Ya ‘Alim Sesungguhnya engkau mengetahui bahawa hati-hati ini, berkumpul kerana mengasihani-Mu, bertemu untuk mematuhi-Mu, bersatu memikul beban tanggungjawab yang engkau berikan kepada kami, maka eratkanlah ikantan antara kami dengan mengikuti jalan syari’at-Mu. Engkau terangilah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak pernah terpadam, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Ya Allah, berilah kepada kami, perasaan takut kepadaMu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan serta penzinaan dan berilah kami hidayah agar kami taat kepadaMu yang menyampaikan kami ke syurgamu untuk bertemu dengan Mu Ya Allah, dan berilah kami kemanisan dalam melaksanakan ibadahMu dan meninggalkan segala laranganMu. Ya Allah Sesungguhnya engkau maha mendengar lagi maha mengetahui, bahawa hati-hati hambamu ini sering meminta-minta keredhoan dan keberkatanMu. Kami mohon kepadaMu Ya Allah supaya Majlis…………….………….. pada hari ini, mendapat keredhoan dan keberkatan

    More about Doa Mjlis Besok Essay

      Open Document