Dasar Pendidikan Di Malaysia Essay

3545 WordsOct 27, 201315 Pages
SEMESTER 1 SESI 2013/2014 KPF3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR TAJUK DASAR-DASAR PENDIDIKAN DI MALAYSIA: TUJUAN DAN KEPENTINGAN PENGGUBALAN ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 2.0 TUJUAN DAN STRATEGI 2.1 PENDIDIKAN PRASEKOLAH 2.2 PENDIDIKAN RENDAH 2.3 PENDIDIKAN MENENGAH 2.4 PENDIDIKAN LEPAS MENENGAH(TING. 6) 2.5 PROGRAM MATRIKULASI 2.6 PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL 3.0 KEPENTINGAN PENGGUBALAN 4.0 PENUTUP 5.0 BIBILIOGRAFI 1.0 Pengenalan Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, bahkan ia merupakan saluran untuk menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama, dan adat resam di mana ia dikenali sebagai masyarakat majmuk. Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat Malaysia. Masyarakat Malaysia yang terdiri dari bangsa Melayu, Cina, India, lain lain etnik, dan beragama Islam, Buddha, Hindu, dan Kristian menjadi rujukan pihak pemerintah sebelum sesuatu dasar dirangka agar manfaat dan faedah dapat dirasai oleh semua golongan masyarakat. Melalui pendidikan, nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi, bekerjasama, dan aspek aspek moral diterapkan kepada masyarakat yang bertujuan untuk melahirkan pewaris negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing, bijak, dan mempunyai sifat patriotik di mana ia penting untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat Dasar pendidikan di Malaysia telah diperkenalkan sejak

More about Dasar Pendidikan Di Malaysia Essay

Open Document