Cooking Essay

837 WordsMay 19, 20144 Pages
Tumis Asam Pedas Ikan Talapia Bahan-bahan ( 2 orang ) 2-3 kerat ikan talapia dibersihkan dan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit dan digoreng secekak daun kesum 1/2 mangkuk air asam jawa 2 biji tomato sedang - dibelah 2 garam, gula dan serbuk perasa secukupnya minyak utk menggoreng Bahan2 Kisar 16-18 biji cili kering (nak lg pedas tambah lagi) 4-5 ulas bawang merah 2-3 ulas bawang putih Cara-cara 1)Sediakan periuk dan panaskan minyak.. 2)Masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga naik baw dan garing 3)Masukkan air asam jawa dan daun kesum biarkan sehingga mendidih (sekiranya hendak kuah lebih masukkan lagi sedikit air bergantung atas kehendak anda) 4)Masukkan ikan yg telah digoreng tadi berserta buah tomato yg telah dibelah tadi.. tunggu dalam 2 minit..masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Ikan Lampam Bersambal Taucu Bahan-bahan ( 2 orang ) 1 ekor ikan lampam sederhana besar (dibersihkan digaul garam dan kunyit lalu digoreng) 2 sudu besar taucu masin - dibasuh2 utk dibuangkan masinnya sedikit minyak utk menumis gula dan serbuk perasa secukupnya. Bahan ditumbuk halus 1 genggam lada api 1 inci kunyit hidup Bahan ditumbuk kasar 3-4 ulas bawang merah 1-2 ulas bawang putih Bahan dihiris halus 1 inci halia 1 keping asam gelugor Cara-cara 1)sediakan kuali dan panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 ditumbuk kasar dan bahan2 dihiris halus sehingga garing..setelah naik bau masukkan bahan yg ditumbuk halus. 2)Masukkan sedikit air kemudian masukkan taucu biarkan sebentar kemudian masukkan sedikit gula dan serbuk perasa secukupnya.. Sambal ini tak memerlukan garam kerana taucu sedia ada masin.. tutup api 3)Kemudian ratakan diatas ikan lampam yg telah digoreng tadi.. Dan bolehlah dimakan bersama nasi panas

More about Cooking Essay

Open Document