Brochur Essay

4803 WordsMay 17, 201320 Pages
FAKULTI SAINS GUNAAN UiTM (Perlis) UiTM Sabah UiTM Pulau Pinang UiTM (Perak) UiTM Pahang UiTM Shah Alam UiTM (Sarawak) UiTM (Terengganu) UiTM Negeri Sembilan Fakulti Sains Gunaan merupakan salah satu fakulti sains dan teknologi yang utama di Universiti Teknologi Mara. Fakulti ini berupaya menyediakan program akademik yang cemerlang dan berdaya saing daripada peringkat pra-diploma sehingga ke tahap kedoktoran. Pelbagai bidang pengajian dan penyelidikan ditawarkan melalui lima pusat pengajian: Pusat Pengajian Pasca Siswazah, Pusat Pengajian Biologi, Pusat Pengajian Kimia dan Persekitaran, Pusat Pengajian Fizik dan Bahan dan Pusat Pengajian Teknologi Industri. Program-program akademik yang ditawarkan di fakulti ini telah dikaji selaras dengan perkembangan sains dan teknologi yang terkini. Penyelidikan tertumpu kepada pengukuhan bidang-bidang kecemerlangan. Ketika ini, fakulti mempunyai sebuah pusat kecemerlangan iaitu Institut Sains. Graduan dari fakulti ini turut menikmati prospek kerjaya yang baik. Di samping itu, sebilangan graduan ini turut melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana atau doktor falsafah yang ditawarkan oleh fakulti. Fakulti Sains Gunaan sentiasa terus berusaha menyediakan persekitaran yang dinamik untuk memupuk inovasi akademik dan kecemerlangan dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Kesemua aktiviti fakulti, iaitu pengajaran, penyelidikan dan khidmat masyarakat telah dirangka untuk beroperasi dengan pendekatan pandang ke hadapan yang berorientasikan kecemerlangan hasil kerja serta responsif kepada komuniti. Ini adalah usaha kami untuk merealisasikan wawasan fakulti untuk menjadi sebuah institusi terulung dalam bidang sains dan teknologi. 1 PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN DI FAKULTI SAINS GUNAAN PASCA SISWAZAH AS 990 Doktor Falsafah (secara penyelidikan) AS 780 Sarjana Sains (secara penyelidikan) IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) AS

More about Brochur Essay

Open Document