Bm Karangan Essay

1096 Words5 Pages
Gagasan 1 Malaysia penting untuk mewujudkan perpaduan kaum dalam konteks negara kita yang berbilang kaum. Huraikan peranan pelbagai pihak dalam mewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Dari zaman pascakemerdekaan sehingga marcapada ini, penduduk Malaysia yang terdiri daripada kerencaman kaum hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain, namun mereka tetap hidup dengan aman dan damai. Menyingkap sejarah, bapa kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman bersama dengan Datuk Onn Jaafar dan Mendiang Tun Tan Cheng Lock telah berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan daripada pihak British di London. Atas kesepakatan mereka, pihak British telah berjanji untuk memberikan hak kemerdekaan kepada negara kita. Sesungguhnya, perpaduan merupakan cerucuk dominan dalam mengekalkan keamanan negara. Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia kelima, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib mampu mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagaimana slogan Perdana Menteri ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan’. Natijahnya, pelbagai prakarsa yang pragmatik seyogianya direncanakan oleh pelbagai pihak untuk mewujudkan serta memantapkan perpaduan negara Malaysia yang terdiri daripada kerencaman kaum. Institusi kekeluargaan telah memainkan peranan vital dalam usaha memupuk perpaduan yang utuh. Ibu bapa boleh menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan. Dengan cara yang efektif ini, kita akan dapat melahirkan pemuda-pemudi yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan dengan kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang terjalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membina benteng perpaduan yang gah. Hal ini sangat signifikan untuk menyuntik semangat perpaduan kaum dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah kerana melentur buluh

More about Bm Karangan Essay

Open Document