Bersama Membasmi Dadah Essay

991 WordsOct 12, 20114 Pages
[pic] Jabatan Kemajuan Islam Malaysia " BERSAMA MEMBASMI DADAH " ( 27 Jun 2008 / 23 Jamadil Akhir 1429H ) [pic] Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan keimanan dan ketaqwaan, kita menjadi insan yang soleh serta memperolehi kebaikan di dunia dan di akhirat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah " BERSAMA MEMBASMI DADAH " . Sidang Jumaat yang dihormati Allah, Sempena dengan Peringatan Hari Antidadah Antarabangsa yang disambut pada 26 Jun setiap tahun, mimbar Jumaat hari ini ingin mengingatkan kita semua mengenai isu penyalahgunaan dan pengedaran dadah di kalangan umat Islam di Malaysia dewasa ini. Pihak kerajaan sememangnya amat memandang serius tentang penyalahgunaan dalam kalangan umat Islam. Dalam konteks ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-76 yang bersidang pada 21-23 November 2006, sekali lagi membuat keputusan tentang isu pengambilan dadah jenis baru yang mempunyai kesan mudarat yang sama adalah haram. Ini termasuk juga semua aktiviti yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah seperti menanam, memproses, memiliki, menjual, mengedar, membeli atau membiarkan premis digunakan untuk bersubahat dengan penggunaannya. Pengharaman ini sama ada secara langsung atau tidak langsung adalah bersesuaian dengan kaedah usul fiqh [pic]iaitu yang bermaksud tidak boleh memberi mudarat dan tidak memudaratkan. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), jumlah penagih yang dikesan pada tahun 2007 ialah seramai 14,489 orang. Daripada jumlah tersebut, 70.58% adalah terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 19-39 tahun. Sebagai agensi utama memerangi dadah, ia telah berjaya membawa penurunan sebanyak 36.31% pada tahun

More about Bersama Membasmi Dadah Essay

Open Document