Advantages of Tv Essay

2107 WordsApr 23, 20139 Pages
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MENONTON TELEVISYEN 1.0 Pendahuluan Perkembangan media elektronik dapat ditakrifkan sebagai kemajuan dalam penciptaan alat-alat yang berkaian dengan elektrik. Pada zaman sains dan teknologi ini, pelbagai jenis media elektronik yang canggih telah dihasilkan. Perkembangan media elektronik ini telah menyenangkan kehidupan masyarakat dengan memiliki kehidupan yang lebih mewah dan selesa. Sebagai contoh, perkembangan media elektronik telah menghasilkan televisyen yang bertambah besar saiznya. Oleh itu, masyarakat kita lebih mementingkan hiburan yang dapat member keseronokan melalui media elektronik canggih tersebut daripada mempunyai minat untuk membaca. Selain membawa kebaikan, televisyen juga membawa keburukan kepada penontonnya secara langsung mahupun tidak. 2.1 Definisi Menurut kamus dewan edisi keempat, televisyen ialah penyiaran (pemancaran) gambar hidup (gambar bergerak) berserta bunyi menerusi kabel atau udara pada skrin atau kaca peti televisyen. Televisyen merupakan salah satu media elektronik yang amat berpengaruh dan hampir di setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen. Kebaikan pula bermaksud perbuatan baik, sifat baik atau faedah. Manakala keburukan pula bermaksud kekurangan, ketidakbaikan, kebusukan, kekejian, kecemaran atau keaiban. 2.0 Kebaikan menonton televisyen 3.2 Memberikan peluang kepada penonton untuk mengikuti rancangan yang digemari. Rangkaian televisyen yang banyak memberikan peluang kepada orang ramai untuk memilih rancangan yang mereka minati. Tambahan lagi setelah ASTRO beroperasi, kita dapat menyaksikan hampir 50 saluran televisyen dan sebahagian besarnya dapat kita tonton sepanjang 24 jam di rumah masing-masing. Pelbagai program, daripada yang berunsur hiburan hinggalah kepada program yang berunsur maklumat dan pengetahuan serta berita

More about Advantages of Tv Essay

Open Document