Adakah China Ingin Menguasai Asia Pasifik? Essay

403 Words2 Pages
Amerika Syarikat (AS) merupakan negara pendominasi Asia sejak berakhirnya perang dunia ke-2. Sebelum berlakunya perang dingin, AS terpaksa menanggung pelbagai kos akibat perang dunia, oleh itu pada ketika itu dunia dikuasai oleh USSR dan Japan. Setelah tamat perang dingin, AS mampu meneruskan penguasaannya dan kekuatannya di Asia. Namun, keterusan dan kepesatan ekonomi China diikuti oleh peningkatan kekuatan tentera dan hubungan diplomatik China dengan negara lain telah memperlihatkan China sebagai satu kuasa yang ingin mengatasi AS dalam mendominasi Asia. Artikel ini mempersoalkan adakah China ingin menguasai Asia dan mengurangkan pengaruh AS sebagai kuasa serantau. Pada pendapat saya, China tidak berniat untuk mendominasi asia. Saya menyokong pendapat saya dengan dua faktor utama. Faktor yang pertama adalah AS merupakan pendominasi yang utama di Asia Pasifik (AP) dan tidak akan menyerahkan kuasa pendominasiannya kepada mana-mana negara. Hal ini dapat dilihat dengan tiga matlamat asal AS pada awal penguasaan/pendominasiannya ke AP iaitu keseimbangan kuasa yang menguntungkan AS, dimana tiada kuasa-kuasa yang mengancam keselamatan AS. Kedua, laluan bebas kepada ekonomi dan perdagangan ke AP dan AS. Ketiga, keupayaan untuk mempromosikan politik dan nilai-nilai serta kepercayaan AS kepada AP. Menurut Hillary Clinton, setiausaha Amerika Syarikat (AS), semasa pengucapan beliau di Australia pada tahun 2009, AS tidak akan menyerahkan Asia Pasifik kepada mana-mana negara. AS telah lama menjalankan hubungan dua hala dengan negara-negara di Asia Pasifik seperti Australia dan lain-lain. Selain itu, AS juga aktif dalam menjalankan agenda-agenda pelbagai hala dan ingin menggiatkan lagi perhubungannya dengan negara-negara di Asia Pasifik. Faktor yang kedua ialah keupayaan China untuk mendominasi AP dan menentang kuasa pendominasi utama iaitu AS. Dalam usaha untuk mendominasi AP,

More about Adakah China Ingin Menguasai Asia Pasifik? Essay

Open Document